Thursday, 27 November 2014

Kurang air boleh menyebabkan anda GEMUK??

Badan kita terdiri daripada 60 - 70% air. Dan secara alaminya kita akan kehilangan air melalui peluh dan juga urin (air kencing). Maka dengan itu kita perlu menggantikan air yang telah terbuang itu supaya sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik.

Daripada peratus air yang kita perlukan tersebut ia akan terbahagi kebeberapa bahagian mengikut peratus kepentingan organ tersebut.

Gambarajah disebelah menunjukkan peratus air yang di perlukan oleh setiap organ dan sel tubuh.


Kekurangan air didalam badan boleh membantutkan proses yang berlangsung di dalam tubuh badan kita. Dan ini akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan akan berlaku malah keGEMUKan juga turut terjadi.

Mesti ramai terfikir apa kena mengena AIR dan KEGEMUKAN.

Sebelum ke perbincangan lebih lanjut. Mari kita lihat apakah kepentingan air terlebih dahulu. 

Dalam kehidupan ini, sekiranya diberi pilihan antara makanan dan juga minuman, rata-rata orang akan memilih untuk minum bukan?? Kenapa?? kerana kita masih mampu hidup andai tidak makan selama beberapa hari selagi kita dapat minum air yang banyak (maksud air disini adalah air putih bukan air bergula atau berkafein)

Air berperanan dalam proses pencernaan, penyerapan, membekalkan nutrisi, meningkatkan metabolisme, penghasilan air liur, kitaran darah dan mengawal suhu badan. Air dapat menyegarkan tubuh badan dan menberikan tenaga untuk tubuh. Salah satu tanda yang jelas kita kekurangan air dalam tubuh ialah apabila kita merasa haus/dahaga dan suhu badan kita meningkat. Apabila merasai kedua keadaan ini kita perlu minum air dengan segera untuk menjaga proses yang berlangsung didalam tubuh kita.

KEPENTINGAN AIR PUTIH


1. MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN
Sistem pencernaan memelukan banyak air untuk hanya mencerna makanan. Air yang tidak cukup akan menyebabkan ketidakselesaan. Salah satu tanda sistem pencernaan tidak lancar adalah sembelit.


2. KELIHATAN AWET MUDA
Kulit yang segar dan bermaya adalah disebabkan oleh kandungan air yang mencukupi dalam tubuh. Nak muda minum air putih banyak ye.


3. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh American Journal of Epidemiology pada 1 May 2002, kajian selama 6 tahun terdiri daripada 20ribu lelaki dan wanita diantara umur 38-100 tahun mendapati bahawa wanita yang minum minumum 5 gelas atau lebih seharai adalah 41% kurang kemungkinan untuk mati akibat serangan jantung berbanding mereka yang minum kurang 2 gelas sehari. Jantung memelukan 79% air untuk beroperasi.


4. MEMBUANG TOKSIN DAN BAHAN BUANGAN
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan sisa buangan dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan oleh peluh atau urin serta membantutkan pergerakan usus yang biasa berlaku. Sekiranya toksin atau sisa buangan ini tidak dikumuh keluar maka akan terjadinya pengumpulan toksin dan menyebabkan tubuh menjadi tidak sihat.


5. MENCEGAH SAKIT KEPALA
Otak memerlukan 75% kandungan air untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya kita terhidrat secara automatiknya kita akan merasa sakit kepala dan adakalanya terjadinya migrain. 


6. MENCEGAH KANSER
Air dapat mengurangkan kanser usus sebanyak 45% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%. malah tidak mustahil ia juga dapat mengurangkan risiko kanser-kanser yang lain juga. Secara logiknya sekiranya air yang mencukupi dapat membuang toksin dan sisa buangan dari tubuh maka terbukti ia dapat mengurangkan risiko kanser. Jadi minum air putih sebanyaknya.


7. MENGURANGKAN DAN MENGAWAL BERAT BADAN
Wah fakta ini mesti sangat disukai oleh kebanyakan orang tertama wanita yang mahu kelihatan langsingkan. Jadi dengan ini anda jangan culas untuk minum air putih secukupnya setiap hari. Tahukah anda bahawa untuk mengurangkan berat air dalam tubuh adalah dengan minum air? Kenapa? Lagi banyak air yang diminum makan lebih banyak air yang dapat dikeluarkan semasa kita membuat senaman atau membuat kerja-kerja dirumah.


8. MEMBEKALKAN NUTRIEN KE SELURUH TUBUH.
Air bersifat cecair, ini bermakna ia mudah untuk bergerak dan menyerap nutrien dan membawanya kesetiap bahagian tubuh dan organ.


9.TENAGA YANG BANYAK
Isi air kedalam tubuh umpama kita mengisi petrol kedalam tangki kereta.
Air yang tidak mencukupi didalam tubuh menyebabkan badan kita lemah sama seperti kereta dimana ia tidak dapat bergerak sekiranya petrol habis.


10. MENJAGA KESIHATAN MULUT DAN GIGI
Air liur terjadi sekiranya kita mempunyai cukup air dalam tubuh. Fungsi air liur adalah untuk membersihkan dan menjaga kesihatan mulut. Mulut kering boleh menyebabkan kita mengalami sakit mulut seperti rekahan dibibir atau ulser mulut. Air liur juga berfungsi untuk membuang sisa-sisa makanan dicelah gigi.

Jelas sekali bahawa air sangat penting untuk kita terutamanya untuk orang yang sedang berdiet. Nak kurus minum air yer.

Gambarajah dibawah menunjukkan kesan dihidrat (kekurangan air) pada tubuh.


Rujukan:
www.chemcraft.net/wbody.html
http://www.drinking-water-for-health.com/benefits-of-drinking-distilled-water.html
ayokesehatan.blogspot.com/2014/03/manfaat-air-pitih.html
http://www.pinterest.com/


Diolah oleh:
Hakimah Jaafar
922947








Sunday, 2 November 2014

Minyak Ikan Terbaik Dunia..

Tahukah anda apakah minyak ikan terbaik didunia?

Kalau belum tau meh mama dhiya's nak bagitau.

Didunia ini terdapat sejenis minyak ikan yang terbaik dan dipercayai ketulinannya.. Minyak ikan ini adalah OMEGA GUARD keluaran syarikat supplement semulajadi no.1 di Amerika Syarikat yakni SHAKLEE..

Mesti anda tertanya-tanya kenapa Omega Guard ini minyak ikan terbaik duniakan..

Meh nak tunjuk kehebatan dan kelebihan minyak ikan keluaran Shaklee ini berbanding minyak ikan lain2 syarikat supplement.

  • Omega Guard shaklee adalah ekstrak dari ikan laut air sejuk yang terdapat di perairan negara Jepun. Iaitu ikan dari keluarga sardin, mackerel,herring dan anchovies.
  • Ia diekstrak daripada hati ikan-ikan yang tidak terdedah dengan toksin (maknanya ikan ni ikan terpilih dan terbaik sahaja)
  • Ketumpatan Omega Guard adalah 3 kali lebih ketumpatan dari hati minyak ikan.
  • Diantara produk2 omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandugi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi - EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 
  • Sebiji Omega Guard  dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA,
  • Di Shaklee, penghasilan Omega Guard adalah melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Kaedah ini melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi dan menyingkirkan bahan2 berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.
*sumber :Panduan Nutrisi Shaklee.

Jom kita ketahui apakah kebaikan dan manfaat Omega Guard ini.

Umum tidak mengetahui bahawa badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak sendiri yakni asid lemak yang penting iaitu OMEGA-3. Oleh  sebab itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Seperti yang telah dinyatakan diatas asid lemak terbaik adalah daripada ikan  yang berada didalam laut sejuk. Memandangkan negara tercinta kita bukan berada didalam perairan yang sejuk maka amat mustahil untuk kita mengkomsumsi omega-3 yang terbaik melainkan kita mendapatkannya daripada supplement yang hebat seperti OMEGA GUARD Shaklee ini.

Kebaikan Omega Guard

  1. Para wanita harus gembira kerana  Omega Guard dapat  mengimbangi  perubahan  dalam kepekatan hormon wanita  yang menyebabkan PMS.
  2. Kulit juga akan lebih licin dan kemerahan-merahan ( contoh bukti nyata orang eskimo mempunyai kulit yang licin dan pinkish )
  3. Menghalang masalah saluran darah tersumbat dan mencegah berlakunya strok
  4. Mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher
  5. Mengurangkan sakit kepala dan migrain
  6. Merendahkan kolestrol.
  7. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  8. Mengawal obesiti.
  9. Membantu tumbesaran  dan perkembangan otak janin. (ibu hamil dalam trismester ke 2 digalakkan mengambil omega guard)
  10. Mempertingkatkan perkembangan memori ( menghindari masalah nyanyuk)
  11. Meningkatkan sistem imum  dan menyihatkan paru-paru
  12. Memperbaiki alahan kulit  ekzema ,psorisi,bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  13. mengurangkan penyakit buah pinggang.
  14. Menentang kanser - kajian menunjukkan Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon
  15. memberangsangkan kesihatan hati selepas pembedahan
  16. Memelihara fungsi2 sendi (arthiritis)
  17. mencegah Insomnia,
  18. Mengurangkan stress
  19. Mencegah kemurungan
*sumber :Panduan Nutrisi Shaklee.


TAHUKAN ANDA?

Omega-3 boleh mengurangkan tingkah laku anti-sosial dikalangan kanak-kanak?

Berdasarkan penyelidikan selama 6 bulan yang diterbitkan oleh Jurnal Psikologi & Psikiatri Kanak-kanak, kanak-kanak yang berusia 8-16 tahun yang mengambil 1g/sehari Omega-3 telah menunjukkan pengurangan sebanya 41.6% dalam masalah tingkah laku luaran (anti-sosial) berdasarkan penilaian ibu bapa mereka. Malah menurut kajian ini tingkah laku anti-sosial dikalangan penjaga juga dapat dikurangkan dengan memberikan anak2 mereka menkomsumsi Omega-3. Ini kerana anak-anak ini lebih mudah diurus dan sekaligus mengurangkan tekanan  kepada ibu bapa.

sumber : Journal of Child  Psycology ang Psychiatry August 2014 [Doi 10.1111/jcpp.12314) "Reduction in behavior problems with omega-3 supplementation in children aged 8–16 years: a randomized, double-blind, placebo-controlled, stratified, parallel-group trial"
Klik here for more info :
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/jcpp.12314/abstract


SIAPA YANG MEMERLUKAN OMEGA GUARD.
JOM SAKSIKANNYA jENGJENGJENG....




Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.


Hakimah Jaafar
922947
0174329047

Thursday, 30 October 2014

ESP (Energizing Soy Protein)

Klik pada Gambar untuk belian

Apakah ESP (Energizing Soy Protien)

Energizing Soy Protein Shaklee merupakan sumber protien berasaskan kacang soya yang  terdapat dalam pasaran dengan jaminan penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Selain itu, ia turut kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungannya juga  rendah G.I. (indeks Glisemik) iaitu 39 menjadikan ia sesuai kepada pengidap kencing manis (diabetes).

Didalam setiap jar ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Di Shaklee, minuman protien berasaskan soya ini hanya dihasilkan menggunakan soya yang mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism). Non- GMO ini bermaksud soya yang digunakan adalah daripada soya yang tidak diubah dari segi genetiknya (bermakna ditanam tumbuh secara semula jadi). Pokok soya ini dibiarkan matang mengikut tempoh yang sepatutnya sebelum dituai iaitu diantara 6-9 bulan. Ia juga diproses dalam suhu yang rendah untuk menjaga kualiti protien yang terdapat dalam soya.

Kepentingan Protien

Protien merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Penting untuk merangsang fungsi psikologi manusia. kekurangan protien dalam badan boleh menyebabkan ganguan didalam sistem tubuh manusia, antaranya ialah sistem imum lemah, lebihan air dalam badan (edema), kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut ( cepat beruban), pertumbuhan terbantut, sembelit, penghasilan darah dan hormon yang tidak memberangsangkan yang dapat menyebabkan kegagalan fungsi organ sehingga menyebabkan kematian,





MANFAAT ESP PADA TUBUH



KOMBINASI ESP DAN VITAMIN LAIN UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Disediakan oleh 
Hakimah Jaafar
922947
FB : Hakimah Jaafar
0174329047 (sms/whatsapp only)

sumber:
Buku panduan Nutrisi
Perbincangan bersama group whatsapp Isu ESP (10/10/2014)

.








Thursday, 9 October 2014

Set Kurus + Omega Guard

Selama seminggu lebih berdiet dengan oat.. Akhirnya berat dah turun 2.1kg.. Ok le kn dr xturun.. Tp saya bkn amal pemakanan oat aje. Malah saya mengambil makanan tambahan lain..maklumlah umur dah 3series ni serba serbi kurang... Saya amalkan pemakanan sihat dari shaklee



SAMPLE MENU DIET BERSAMA OAT


Set kurus + omega

Apa yang ada dlm set kurus ni erkk??

1.Cinch mix shake
Membekalkan 24gram protien,24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6gram serat larut. Penting untuk membina otot kerana otot dapat menaikkan kadar metabolisma dan membakar kalori. Selain itu kandungan protien dapat membantu tahan rasa lapar diantara waktu makan.. So xde lah nak makan aje. Leucine juga terdapat dlm minuman sihat ini bg memelihara otot semasa proses penurunan badan.

2. Omega Guard
Omega guard ialah asid lemak tidak tepu yang berfungsi untuk merendahkan kadar kolestrol dan menghindarkan pembekuan darah dalam badan.Sehari kita memerlukan 1000mg untuk kesihatan badan kita. Ia juga amat penting sewaktu proses penurunan berat badan kerana omega membantu mengawal masalah obesiti serta membantu mengurangkan tekanan. Kadang2 kita mengalami masalah emosi yang tidak stabil sewaktu proses pengurangan berat badan.

3. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara organik juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Di Shaklee ,mereka hanya mengambil alfalfa yang terbaik dari spesies Medicago Sativa yang memiliki gred yang paling tinggi dalam keluarga alfalfa. Ia hanya dituai apabila mencapai tempoh matang selama 2 tahun. Untuk pengurusan berat badan Alfalfa diambil bagi tujuan mengawal perubahan patologi di dalam usus dan perut yakni membaiki masalah penghadaman seperti sembelit , kembung dll. Selain itu ia juga bertindak menyingkir lemak dan kolestrol. Turut berfungsi sebagai nyah toksin kerana sifatnya yang beralkali dpt mengembalikan kenormalan badan yang berasid

4. Herb-Lax
Pengambilan herb-lax seminggu dua kali dapat membersihkan najis yang tersekat didalam usus. Ini dapat membantu masalah sembelit yang teruk. Ia membantu untuk mengempiskan perut dengan memejalkan perut supaya tidak geleber sewaktu menurunkan berat.
*kadar penurunan berat badan adalah berbeza untuk setiap orang.
PM untuk pembelian atau pertanyaan lanjut
Hakimah Jaafar
0174329047

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB_Qw19OaTlYxL7-64wTE9Vi5FvlnL09JrhIFsyXrci-pKaZNCHE1BRNhxXbzXQqNGo7iXCqzDC7FXJIyvDfa9f8mq114zVJNEPsAtnfCgQF8NLUkWQl9jU3sJEBUkBAl6C9CI96swtlDE/s1600/10704003_838515312865722_3787875559865227071_n.jpg
KLIK PADA GAMBARAJAH UNTUK ORDER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

SUMBER:
Panduan Nutrisi Shaklee

Thursday, 2 October 2014

Cabaran 14 Hari Bersama Oat... Chaiyok2

OAT???

Pertama sekali dalam otak aku...sedap ke oat ni??? kenyang ke makan oat ni???apa aku bleh buat dengan oat ni??... Tapi selepas melihat keterujaan seorang kawan zaman sekolah menengah dulu mengupload gambar2 menu sihat bersama oat, buat hati ini membara nak mencuba oat.. kalau dia setakat hari blog ni ditulis dah masuk hari ke-11 dia mkn oat aje, kenapa aku xboleh.. Yang penting mencuba ye tak..

Mari Mengenali Oat

Berdasarkan kepada  Wikipedia, ensiklopedia bebas. ,"Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan."


Sekiranya kita sebelum ini menyangka oat adalah gandum tanggapan kita adalah tidak benar sama sekali kerana oat (haver) adalah bijirin manakala gandum (wheat) adalah sejenis tumbuhan dalam kategori rumput. (sumber :http://www.tipsbayi.com/perbedaan-oat-haver-dengan-gandum-wheat.html#comment-16308)



 POKOK OAT vs. POKOK GANDUM




PERBEZAAN BENTUK OAT DAN GANDUM  SETELAH DITUAI

KEBAIKAN OAT UNTUK KESIHATAN DIRI

Oat adalah bijirin yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia juga merupakan salah satu sumber karbohidarat yang  dikategorikan dalam jenis karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang rendah angka GI (glycaemic index). Lagi rendah nilai GI dalam makanan kita adalah lebih baik. Ini kerana ia dapat melambatkan peningkatan kadar gula dalam badan kita. Oleh itu oat amat baik diambil oleh pengidap diabetes. Selain itu oat juga memberi rasa kenyang yang lama bagi sesiapa yang mengambilnya.

Kebaikan pengambilan oat secara konsisten.

  1. Mengawal berat badan/mencegah obesiti
  2. Anti oksidan
  3. Menurunkan kadar kolestrol
  4. Mencegah diabetes type 2/mengawal kadar gula dalam darah
  5. Mencegah kanser
  6. Mencegah asma
  7. Melawan jangkitan
  8. Mencegah osteoporosis
  9. Mengurangkan stress

Selain pengambilan oat.. saya juga mengamalkan pengambilan OMEGA GUARD  3 biji setiap hari selepas makan tengahari.



Omega guard bertujuan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal obesiti.


HAKIMAH JAAFAR
922947
0174329047( SMS/ WHATSAP)

untuk order sila klik OMEGA GUARD.

SUMBER :
  1. http://kumpulan.info/sehat/artikel-kesehatan/386-makanan-karbohidrat.html
  2. http://www.tipsbayi.com/perbedaan-oat-haver-dengan-gandum-wheat.html
  3. http://www.merdeka.com/sehat/7-fakta-menarik-tentang-oatmeal.html
  4. http://tipkecantikan.com/diet/diet-oatmeal-untuk-menurunkan-berat-badan/
  5. http://www.dietcepatalami.com/5-manfaat-makan-oatmeal/
  6. http://caramenghilangkanperutbuncit.com/menu-diet-karbohidrat/







Friday, 26 September 2014

Mari Mengenali Kolestrol

APAKAH KOLESTROL???

Ramai orang sekiranya ditanya apakah kolestrol rata-rata dari kita akan menjawab dengan ekspresi yang menjengkelkan. Di dalam pemikiran kita kolestrol adalah sesuatu  yang tidak baik dan perlu dibuang  atau dikeluarkan daripada badan manusia. Kita juga akan menjawab bahawa kolestrol itu penyebabnya sakit jantung dan juga stroke.

Apapun definisi yang kita berikan terhadap kolestrol adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana kolestrol juga berguna untuk tubuh badan kita. TAHUKAH ANDA BAHAWA KOLESTROL INI PENTING TERHADAP TUBUH???

Tentu sekali kita katakan TIDAK PENTING. Sebenarnya SALAH tanggapan kita tersebut. Kolestrol adalah lemak yang mengalir bersama darah khususnya didalam pembuluh darah. Kolestrol berfungsi untuk membentuk dinding sel dan ia adalah zat untuk membentuk beberapa hormon. Ia juga penting dalam menentukan metabolisma badan.

Walaubagaimanapun kita perlu mengawal kadar kolestrol didalam badan agar kekal sihat dan dijauhi penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan stroke. Di Malaysia 1 daripada 3 orang dewasa mempunyai kadar kolestrol yang tinggi baik lelaki ataupun perempuan. Ini kerana kolestrol yang tinggi akan menyebabkan risiko penyakit jantung adalah makin bertambah.

Kolestrol yang normal adalah mesti dibawa paras 200mg/dl. Dan sekiranya ia melebihi 240mg/dl maka ia telah melepasi paras normal yang boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan menyebabkan gangguan kepada organ tubuh seperti jantung, sakit kepala,otak, koroner migrain dll.

TERDAPAT 2 JENIS KOLESTROL DALAM DARAH.

Sebenarnya terdapat dua jenis kolestrol didalam darah manusia iaitu Low Density Lipoprotein (LDL) dan  High Density Lipoprotein (HDL).


  •     Low Density Lipoprotein (LDL)
             LDL juga dikenali sebagai  "kolestrol jahat".  Ia adalah jenis kolestrol yang boleh menyebabkan terjadinya plak dan menyempitkan pembuluh darah. Jadi kolestrol LDL perlu dikawal supaya tidak terus menebal atau mengeras didalam pembuluh darah ( arteriosklerosis) sehingga menyebabkan penyakit jantung dan stroke. Tahap normal kadar LDL adalah mesti dibawah 100mg/dl.
  •     High Density Lipoprotein (HDL)
                       Sekiranya LDL ialah kolestrol jahat maka HDL adalah kolestrol yang sebaliknya. Dikenali sebagi kolestrol yang baik dan berperanan sebagai pembersih dan membawa keluar longgokan lemak yang tidak perlu ke organ hati. HDL yang normal untuk lelaki adalah diatas paras 40ml/dl manakala untuk wanita perlu lebih dari kadar 50ml/dl.

Apakah yang menjadikan Kolestrol HDL mengurang??

Kadar HDL boleh menjadi rendah apabila kita jarang bersenam, obesiti (kegemukan), merokok dan minum minuman berakohol.


GAMBARAJAH PENYEMPITAN PEMBULUH  DARAH



SARANAN UNTUK MENGAWAL KADAR KOLESTROL

Seperti yang disarankan oleh National Institut of Health (NIH) ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kadar kolestrol

  1. Makan makanan yang kurang lemak tepu dan kolestrol
  2. Bersenam
  3. Mengurangkan berat badan
  4. Makan makanan yang berserat
  5. Pengambilan 2000mg sehari tumbuhan yang mempunyai sterol dan stenol.
4 daripada 5 saranan diatas amat mudah untuk kita lakukan. Namun bagaimanakah kita hendak mengikuti langkah yang kelima tersebut iaitu mendapatkan 200mg sterol dan stenol drpada tumbuhan. Sekiranya boleh adakah cukup 2000mg sehari.

JANGAN RISAU.. ADA CARA MUDAH UNTUK MENGAMBIL 200MG STEROL DAN STENOL SEHARI.

Ini kerana di Shaklee telah menyediakan sejenis supplement untuk mengurangkan kolestrol yang kaya dengan sterol dan stenol. Supplement tersebut ialah PHYTOCOL-ST.

PHYTOCOL-ST


Supplement ini telah dibuktikan secara ujian klinikal yang dapat mengurangkan kadar kolestrol secara semula jadi dengan membantu menyekat penyerapan colestrol didalam pembuluh darah dan mengurangkan kadar kolestrol LDL ( low density lipoprotein)

Gambarajah Bagaimana Phytocol- ST Shaklee bertindak


Apakah yang membezakan Phytocol-ST Shaklee ini dengan produk lain?
  1. Ia dihasilkan dengan campuran Phytosterol yang diambil dr bahan semulajadi seperti tmbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijirin.
  2. Menyediakan 2000mg phytosterol tumbuhan sehari
  3. Telah dibuktikan secara klinikal dapat mengurangkan kolestrol LDL melalui 80 kajian yang dilakukan.
  4. 100% mengikut saranan NIH untuk pengambilan phytosterol 2000mg sehari
  5. Tiada perwarna tambahan dan perasa tambahan (semulajadi)

Bacaan tambahan SILA KLIK : 80 KAJIAN SAINTIFIK UNTUK PHYTOSTEROL.



Sumber:
http://satu-nutrition.com/?page_id=1664
http://caraalamimenurukankolestroljahat.blogspot.com
The Jurnal of Nutrition: Nutrition and Disease

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases


DISEDIAKAN OLEH
HAKIMAH JAAFAR
ID 922947
0174329047
















Thursday, 25 September 2014

Aku & Kedai Cermin Mata

SIAPAKAH AKU?

Aku ni sebenarnya seorang pekerja kedai cermin mata. Macam mane aku boleh terlibat dalam bidang ni sangat panjang ceritanya. Di pendekkan cerita, aku ni bukan pekerja mahir pun (bukan optometrist or optician) aku ni cuma penjual cermin mata. So kalau bab promote cermin mata or buat sales kena ngan akulah.. Tapi sedikit sebanyak aku pun mula kenal pasal2 mata ni dari rakan optometrist ku ini.

Mata ni sangat penting buat kita. Hilang penglihatan sikit pun (kabur/rabun) kita dah start mengeluh. Bayangkan aku yang dok dalam kedai ni berapa banyak kes kerabunan yang datang. Dari budak kecik sampailah warga emas ada je masalah rabunnya. Macam2 aduan diaorang cerita pasal mata diaorang... ada kata tak nampak jauh le, ada yang kata dekat kaburlah  dan ada yang kata saya tak boleh memandu malam sebab silau. Kalau nak ikutkan ni ayat2 biasa yang orang awam (merujuk kepada orang yang tidak dalam bidang oftalmologis) guna. 

Jadi sebagai orang yang mmg kerjanya di kedai cermin mata, aku nasihatkanlah jaga mata korang. Tengok budak2 darjah 1 dah pakai cermin mata...mak aihh kesiannnn.. Kalau zaman aku sekolah dulu (tahun 80-an) payah nak jumpa rakan sebaya yang pakai cermin mata. Bukan sekadar payah jumpa tapi memang takda pun yang pakai cermin mata, Time tu yang pakai cermin mata dalam satu sekolah boleh kira dengan jari. Tapi zaman la, yang tak pakai cermin mata plak boleh kira ngan jari (kalau jari mcm tangan sotonglah..hihihi.. sebab kalau setakat 20orang <based pada bilangan jari kaki dan tangan> xpakai tipulah).

6 TIPS MENGEKALKAN KESIHATAN MATA

So at sini aku nak kongsi beberapa tip untuk menjaga mata kita dari kerabunan.

1) Makan makanan yang berkhasiat untuk mata

Bukan senang untuk mengekalkan kesihatan mata kita. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. kajian menunjukkan bahawa nutrisi seperti omega 3, lutein, zinc dan vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti Age Related Macular Degeneration (ARMD) dan melambatkan penghasilan selaput (katarak) pada mata. berikut ialah beberapa jenis makanan yang dapat memberikan nutrisi penting pada mata anda:
a) sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan cauliflowerb)salmon, tunac) telur, kacangd) oranges


2) Mengekalkan Berat Badan Ideal.
Selain itu, pastikan anda mengekalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan daripada obesiti. obesiti akan menyebabkan anda terdedah kepada beberapa penyakit diantaranya ialah type 2 diabetes. type 2 diabetes adalah punca kebutaan di kalangan dewasa.

3) Berhenti merokok
merokok boleh menyebabkan anda mudah untuk mengidap penyakit seperti katarak, saraf optik rosak dan degenerasi makular. jika anda pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi tidak berjaya, teruskan mencuba untuk berhenti. usaha anda akan membuahkan hasilnya, Insya Allah.

4) Pastikan anda memakai cermin mata hitam (Sunglasses)
Cermin mata hitam yang betul ialah cermin mata yang memberikan perlindungan UV daripada cahaya matahari, namun trend terkini menunjukkan bahawa para pengguna lebih mengutamakan fesyen daripada perlindungan. pastikan anda mendapatkan nasihat dari optometris anda ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. sinaran uv ini menyebabkan anda lebih mudah untuk mengidap katarak.

5) Gunakan perlindungan mata (safety eyewear)
sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang terdedah kepada bahan bahan berbahaya kepada mata seperti menggerudi dan sebagainya, pastikanan anda memakai kaca mata perlindungan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata anda dari bahaya.

6)jangan melihat skrin komputer terlalu lama
sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda menggunakan komputer bagi tempoh masa yang lama, pastikan anda menggunakan taktik ini. Lihat komputer anda selama 30 minit, dan ambil masa 5 minit untuk merehatkan mata anda dengan melihat objek yang jauh atau melihat keluar tingkap. dengan cara ini, anda akan dapat menjaga dan mengekalkan kesihatan mata anda.

Pelihara kesihatan mata anda sebelum terlambat.


Kredit to http://uwaiysoptometrist.blogspot.com

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MATA.

Sebagai pengamal produk Shaklee aku nak suggest beberapa vitamin yang sangat sesuai untuk mata.


1.CAROTOMAX

Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat,kulit dan membran mukosa. Ia mengandungi  Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxantin. Zat2 ini berfungsi untuk membantu mempertingkatkan penglihatan pada waktu malam,menjadikan mata sihat dan menghalang kekeringan mata,. Selain itu Caratomax  juga bersifat anti-oksidan yakni melambatkan proses penuaan. Ia juga dapat mengahalang kerosakn oksidasi kolestrol LDL. Meyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), dan gloukoma. Selain itu ia melindungi mata dengan menuras cahaya gelombang biru (blue light) yang berbahaya. Blue light ini datangnya dari pengunaan gajet seperti komputer, telifon pintar, telivisyen, tab dan lain2.

2. OMEGA GUARD

Vitamin ini dapat membantu menyuburkan mata, Asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan risiko AMD.  Omega 3 (DHA) diperlukan untuk menguatkan sel2 retina serta menggalakkan perkembangan dan pembaikan retina. DHA juga berfungsi bertindak sebagai anti radang dan mem bantu melegakan sindrom kekeringan mata sekaligus mencegah kerosakan makula.








3. VITA C 500mg SR

Flavonoid yang ada didalam Vitamin C dapat membantu menyingkirkan toksin pada kanta mata dan juga retina. Flavonoid yang tinggi dapat  mengawal kebocoran air dan darah  ke retina.  Selain itu ia juga dapat meredakan tekanan Intraokular (tekanan dalam mata), Selain itu vitamin c juga bertindak sebagai anti stress dan antioksidan yang kuat untuk badan. Ia amat berkesan untuk menghentikan perkembangan retinotapi dan meyelamatkan  penglihatan pesakit diabetes.








4. B-COMPLEX


B Complex bertujuan untuk megurangkan stress. Stress yang keterlaluan juga boleh
menyebabkan mata menjadi kabur.













Sumber:
http://uwaiysoptometrist.blogspot.com
Buku panduan Nutrisi Shaklee

DAPATKAN SET MATA SIHAT DISINI




Wednesday, 24 September 2014

Aku & vitamin

TENTANG AKU..

Mcmne nak mulakan yer.. ekceli umur aku dah masuk lingkungan 3series dah.. (kalau BMW 3series tu dah kira mahal tu).. tp umur manusia bila 3 series ni dikira rezeki  tahap pertama le kalau dapat jangkau lingkungan ni.. Maklum le zaman sekarang tak kira umur bila2 Allah boleh jemput menghadapnya. (semoga umurku ini diberkati Allah). Kalau zaman2 dulu susah nak dengar orang mati dalam linkungan umur aku ni.. tp sekarang tetiba je kita dengar org dalam lingkungan umur aku ni dah habis nyawa.. macam2 faktor eksiden le sakit le.. Kalau meninggal eksiden tu kita xler pelik sangat (sbb byk sangat kenderaan zaman la ni) tp kalau umur gini mati sebab sakit..tetiba je ada barah..tetiba je ada darah tinggi tetiba je ada kencing manis mmg sesuatu yang xpatut jadikan.. Kalau orang dulu2 umur 30-an ni maintain sihat lagi.. zaman la... kencing manis pun ada dah (aku ler tu.. kencing manis sewaktu mengandung).

Aku tau mati itu pasti bagi sesuatu yang hidup...tapi xbermakna kita kena biar diri kita dihinggapi penyakit  untuk menghadapi kematian YE TAK???? So disinilah pengembaraan bermula (dipengaruhi anak2 tgk upin ipin). Aku mula mencari2 apa yang perlu aku buat untuk kesihatan diri yang baik untuk aku.. Lagipun aku nak jaga anak aku yang dua orang ni.. Kalau di izinkan Allah aku nak tgk diaorang besar, berjaya menjadi anak solehah , berumahtangga dan beranak pinak.. Maka aku perlu jaga diri aku untuk tujuan itu.. jadi mulalah aku mencari bekalan zat2 yang sesuai untuk umurku ini.. 

VITAMIN

Nak jadikan cerita episod aku dan vitamin pun bermula. Bulan Mac 2013 aku register jadi ahli Shaklee ni. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih buat "Mak" aku Puan Nurul Wahidah Azizan (http://ipohtaiping.blogspot.com/ )  ni sebab perkenalkan aku dengan Shaklee ni. Dari dia aku kenal Shaklee.. dan dari dia aku semangat nak try Shaklee ni.

Kenapa Shaklee??

Aku pilih Shaklee ni sebab konsep "kehijauan" nya macam background blog aku nilah.. Aku tertarik dengan kajian yang Shaklee buat. Dan yang pasti Shaklee ni sumbernya asli dan bebas chemical yang merbahayakan diri. Tapi jujur aku katakan aku tak mula consume Shaklee ni terus.. tp aku mula mencari satu2 sumber dan info2 tentang Shaklee ni.. lama juga aku jadi researcher tak bertauliah ni.. Aku mula kaji dari satu blog ke satu blog.. dari satu artikel ke satu artikel, dari satu testimoni ke satu testimoni.. Aku cuma baca, lihat dan kaji keberkesanannya.. Hampir setahun juga aku jadi researcher tak bertauliah. Dari situ keyakinan ku kian bertambah dan aku nekad pilih Shaklee untuk tubuh badan ku yang montel ini (hihihi)

Vitamin pertama aku..

Akhirnya setelah puas mengkaji dan meneliti so aku buat belian pertama aku untuk supplement.. Memandangkan aku sudah menjadi agak "besar" tapi "comel" so aku start beli Alfalfa + Lecithin + herblax. Tujuannya aku nak kurus... sbb kajian mengatakan orang yang mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mudah dihinggapi penyakit.. heheeheh.. so aku start nak mengecilkan diriku.. Alhamdulillah turun juga kilonya...walaupun sikit turunnya, tu pun dah berbaloi buat aku.. So beginilah citanya AKU & VITAMIN.

Hakimah Abd Rahman @ Jaafar
922947
0174329047

                                                      SET BAJET UNTUK KURUS





* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

SILA KLIK DISINI UNTUK BELIAN.