Thursday, 25 September 2014

Aku & Kedai Cermin Mata

SIAPAKAH AKU?

Aku ni sebenarnya seorang pekerja kedai cermin mata. Macam mane aku boleh terlibat dalam bidang ni sangat panjang ceritanya. Di pendekkan cerita, aku ni bukan pekerja mahir pun (bukan optometrist or optician) aku ni cuma penjual cermin mata. So kalau bab promote cermin mata or buat sales kena ngan akulah.. Tapi sedikit sebanyak aku pun mula kenal pasal2 mata ni dari rakan optometrist ku ini.

Mata ni sangat penting buat kita. Hilang penglihatan sikit pun (kabur/rabun) kita dah start mengeluh. Bayangkan aku yang dok dalam kedai ni berapa banyak kes kerabunan yang datang. Dari budak kecik sampailah warga emas ada je masalah rabunnya. Macam2 aduan diaorang cerita pasal mata diaorang... ada kata tak nampak jauh le, ada yang kata dekat kaburlah  dan ada yang kata saya tak boleh memandu malam sebab silau. Kalau nak ikutkan ni ayat2 biasa yang orang awam (merujuk kepada orang yang tidak dalam bidang oftalmologis) guna. 

Jadi sebagai orang yang mmg kerjanya di kedai cermin mata, aku nasihatkanlah jaga mata korang. Tengok budak2 darjah 1 dah pakai cermin mata...mak aihh kesiannnn.. Kalau zaman aku sekolah dulu (tahun 80-an) payah nak jumpa rakan sebaya yang pakai cermin mata. Bukan sekadar payah jumpa tapi memang takda pun yang pakai cermin mata, Time tu yang pakai cermin mata dalam satu sekolah boleh kira dengan jari. Tapi zaman la, yang tak pakai cermin mata plak boleh kira ngan jari (kalau jari mcm tangan sotonglah..hihihi.. sebab kalau setakat 20orang <based pada bilangan jari kaki dan tangan> xpakai tipulah).

6 TIPS MENGEKALKAN KESIHATAN MATA

So at sini aku nak kongsi beberapa tip untuk menjaga mata kita dari kerabunan.

1) Makan makanan yang berkhasiat untuk mata

Bukan senang untuk mengekalkan kesihatan mata kita. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. kajian menunjukkan bahawa nutrisi seperti omega 3, lutein, zinc dan vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti Age Related Macular Degeneration (ARMD) dan melambatkan penghasilan selaput (katarak) pada mata. berikut ialah beberapa jenis makanan yang dapat memberikan nutrisi penting pada mata anda:
a) sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan cauliflowerb)salmon, tunac) telur, kacangd) oranges


2) Mengekalkan Berat Badan Ideal.
Selain itu, pastikan anda mengekalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan daripada obesiti. obesiti akan menyebabkan anda terdedah kepada beberapa penyakit diantaranya ialah type 2 diabetes. type 2 diabetes adalah punca kebutaan di kalangan dewasa.

3) Berhenti merokok
merokok boleh menyebabkan anda mudah untuk mengidap penyakit seperti katarak, saraf optik rosak dan degenerasi makular. jika anda pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi tidak berjaya, teruskan mencuba untuk berhenti. usaha anda akan membuahkan hasilnya, Insya Allah.

4) Pastikan anda memakai cermin mata hitam (Sunglasses)
Cermin mata hitam yang betul ialah cermin mata yang memberikan perlindungan UV daripada cahaya matahari, namun trend terkini menunjukkan bahawa para pengguna lebih mengutamakan fesyen daripada perlindungan. pastikan anda mendapatkan nasihat dari optometris anda ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. sinaran uv ini menyebabkan anda lebih mudah untuk mengidap katarak.

5) Gunakan perlindungan mata (safety eyewear)
sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang terdedah kepada bahan bahan berbahaya kepada mata seperti menggerudi dan sebagainya, pastikanan anda memakai kaca mata perlindungan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata anda dari bahaya.

6)jangan melihat skrin komputer terlalu lama
sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda menggunakan komputer bagi tempoh masa yang lama, pastikan anda menggunakan taktik ini. Lihat komputer anda selama 30 minit, dan ambil masa 5 minit untuk merehatkan mata anda dengan melihat objek yang jauh atau melihat keluar tingkap. dengan cara ini, anda akan dapat menjaga dan mengekalkan kesihatan mata anda.

Pelihara kesihatan mata anda sebelum terlambat.


Kredit to http://uwaiysoptometrist.blogspot.com

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MATA.

Sebagai pengamal produk Shaklee aku nak suggest beberapa vitamin yang sangat sesuai untuk mata.


1.CAROTOMAX

Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat,kulit dan membran mukosa. Ia mengandungi  Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxantin. Zat2 ini berfungsi untuk membantu mempertingkatkan penglihatan pada waktu malam,menjadikan mata sihat dan menghalang kekeringan mata,. Selain itu Caratomax  juga bersifat anti-oksidan yakni melambatkan proses penuaan. Ia juga dapat mengahalang kerosakn oksidasi kolestrol LDL. Meyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), dan gloukoma. Selain itu ia melindungi mata dengan menuras cahaya gelombang biru (blue light) yang berbahaya. Blue light ini datangnya dari pengunaan gajet seperti komputer, telifon pintar, telivisyen, tab dan lain2.

2. OMEGA GUARD

Vitamin ini dapat membantu menyuburkan mata, Asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan risiko AMD.  Omega 3 (DHA) diperlukan untuk menguatkan sel2 retina serta menggalakkan perkembangan dan pembaikan retina. DHA juga berfungsi bertindak sebagai anti radang dan mem bantu melegakan sindrom kekeringan mata sekaligus mencegah kerosakan makula.








3. VITA C 500mg SR

Flavonoid yang ada didalam Vitamin C dapat membantu menyingkirkan toksin pada kanta mata dan juga retina. Flavonoid yang tinggi dapat  mengawal kebocoran air dan darah  ke retina.  Selain itu ia juga dapat meredakan tekanan Intraokular (tekanan dalam mata), Selain itu vitamin c juga bertindak sebagai anti stress dan antioksidan yang kuat untuk badan. Ia amat berkesan untuk menghentikan perkembangan retinotapi dan meyelamatkan  penglihatan pesakit diabetes.








4. B-COMPLEX


B Complex bertujuan untuk megurangkan stress. Stress yang keterlaluan juga boleh
menyebabkan mata menjadi kabur.













Sumber:
http://uwaiysoptometrist.blogspot.com
Buku panduan Nutrisi Shaklee

DAPATKAN SET MATA SIHAT DISINI




No comments:

Post a Comment