Thursday, 2 October 2014

Cabaran 14 Hari Bersama Oat... Chaiyok2

OAT???

Pertama sekali dalam otak aku...sedap ke oat ni??? kenyang ke makan oat ni???apa aku bleh buat dengan oat ni??... Tapi selepas melihat keterujaan seorang kawan zaman sekolah menengah dulu mengupload gambar2 menu sihat bersama oat, buat hati ini membara nak mencuba oat.. kalau dia setakat hari blog ni ditulis dah masuk hari ke-11 dia mkn oat aje, kenapa aku xboleh.. Yang penting mencuba ye tak..

Mari Mengenali Oat

Berdasarkan kepada  Wikipedia, ensiklopedia bebas. ,"Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan."


Sekiranya kita sebelum ini menyangka oat adalah gandum tanggapan kita adalah tidak benar sama sekali kerana oat (haver) adalah bijirin manakala gandum (wheat) adalah sejenis tumbuhan dalam kategori rumput. (sumber :http://www.tipsbayi.com/perbedaan-oat-haver-dengan-gandum-wheat.html#comment-16308)



 POKOK OAT vs. POKOK GANDUM




PERBEZAAN BENTUK OAT DAN GANDUM  SETELAH DITUAI

KEBAIKAN OAT UNTUK KESIHATAN DIRI

Oat adalah bijirin yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia juga merupakan salah satu sumber karbohidarat yang  dikategorikan dalam jenis karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang rendah angka GI (glycaemic index). Lagi rendah nilai GI dalam makanan kita adalah lebih baik. Ini kerana ia dapat melambatkan peningkatan kadar gula dalam badan kita. Oleh itu oat amat baik diambil oleh pengidap diabetes. Selain itu oat juga memberi rasa kenyang yang lama bagi sesiapa yang mengambilnya.

Kebaikan pengambilan oat secara konsisten.

  1. Mengawal berat badan/mencegah obesiti
  2. Anti oksidan
  3. Menurunkan kadar kolestrol
  4. Mencegah diabetes type 2/mengawal kadar gula dalam darah
  5. Mencegah kanser
  6. Mencegah asma
  7. Melawan jangkitan
  8. Mencegah osteoporosis
  9. Mengurangkan stress

Selain pengambilan oat.. saya juga mengamalkan pengambilan OMEGA GUARD  3 biji setiap hari selepas makan tengahari.



Omega guard bertujuan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal obesiti.


HAKIMAH JAAFAR
922947
0174329047( SMS/ WHATSAP)

untuk order sila klik OMEGA GUARD.

SUMBER :
  1. http://kumpulan.info/sehat/artikel-kesehatan/386-makanan-karbohidrat.html
  2. http://www.tipsbayi.com/perbedaan-oat-haver-dengan-gandum-wheat.html
  3. http://www.merdeka.com/sehat/7-fakta-menarik-tentang-oatmeal.html
  4. http://tipkecantikan.com/diet/diet-oatmeal-untuk-menurunkan-berat-badan/
  5. http://www.dietcepatalami.com/5-manfaat-makan-oatmeal/
  6. http://caramenghilangkanperutbuncit.com/menu-diet-karbohidrat/







No comments:

Post a Comment