Thursday, 27 November 2014

Kurang air boleh menyebabkan anda GEMUK??

Badan kita terdiri daripada 60 - 70% air. Dan secara alaminya kita akan kehilangan air melalui peluh dan juga urin (air kencing). Maka dengan itu kita perlu menggantikan air yang telah terbuang itu supaya sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik.

Daripada peratus air yang kita perlukan tersebut ia akan terbahagi kebeberapa bahagian mengikut peratus kepentingan organ tersebut.

Gambarajah disebelah menunjukkan peratus air yang di perlukan oleh setiap organ dan sel tubuh.


Kekurangan air didalam badan boleh membantutkan proses yang berlangsung di dalam tubuh badan kita. Dan ini akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan akan berlaku malah keGEMUKan juga turut terjadi.

Mesti ramai terfikir apa kena mengena AIR dan KEGEMUKAN.

Sebelum ke perbincangan lebih lanjut. Mari kita lihat apakah kepentingan air terlebih dahulu. 

Dalam kehidupan ini, sekiranya diberi pilihan antara makanan dan juga minuman, rata-rata orang akan memilih untuk minum bukan?? Kenapa?? kerana kita masih mampu hidup andai tidak makan selama beberapa hari selagi kita dapat minum air yang banyak (maksud air disini adalah air putih bukan air bergula atau berkafein)

Air berperanan dalam proses pencernaan, penyerapan, membekalkan nutrisi, meningkatkan metabolisme, penghasilan air liur, kitaran darah dan mengawal suhu badan. Air dapat menyegarkan tubuh badan dan menberikan tenaga untuk tubuh. Salah satu tanda yang jelas kita kekurangan air dalam tubuh ialah apabila kita merasa haus/dahaga dan suhu badan kita meningkat. Apabila merasai kedua keadaan ini kita perlu minum air dengan segera untuk menjaga proses yang berlangsung didalam tubuh kita.

KEPENTINGAN AIR PUTIH


1. MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN
Sistem pencernaan memelukan banyak air untuk hanya mencerna makanan. Air yang tidak cukup akan menyebabkan ketidakselesaan. Salah satu tanda sistem pencernaan tidak lancar adalah sembelit.


2. KELIHATAN AWET MUDA
Kulit yang segar dan bermaya adalah disebabkan oleh kandungan air yang mencukupi dalam tubuh. Nak muda minum air putih banyak ye.


3. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh American Journal of Epidemiology pada 1 May 2002, kajian selama 6 tahun terdiri daripada 20ribu lelaki dan wanita diantara umur 38-100 tahun mendapati bahawa wanita yang minum minumum 5 gelas atau lebih seharai adalah 41% kurang kemungkinan untuk mati akibat serangan jantung berbanding mereka yang minum kurang 2 gelas sehari. Jantung memelukan 79% air untuk beroperasi.


4. MEMBUANG TOKSIN DAN BAHAN BUANGAN
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan sisa buangan dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan oleh peluh atau urin serta membantutkan pergerakan usus yang biasa berlaku. Sekiranya toksin atau sisa buangan ini tidak dikumuh keluar maka akan terjadinya pengumpulan toksin dan menyebabkan tubuh menjadi tidak sihat.


5. MENCEGAH SAKIT KEPALA
Otak memerlukan 75% kandungan air untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya kita terhidrat secara automatiknya kita akan merasa sakit kepala dan adakalanya terjadinya migrain. 


6. MENCEGAH KANSER
Air dapat mengurangkan kanser usus sebanyak 45% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%. malah tidak mustahil ia juga dapat mengurangkan risiko kanser-kanser yang lain juga. Secara logiknya sekiranya air yang mencukupi dapat membuang toksin dan sisa buangan dari tubuh maka terbukti ia dapat mengurangkan risiko kanser. Jadi minum air putih sebanyaknya.


7. MENGURANGKAN DAN MENGAWAL BERAT BADAN
Wah fakta ini mesti sangat disukai oleh kebanyakan orang tertama wanita yang mahu kelihatan langsingkan. Jadi dengan ini anda jangan culas untuk minum air putih secukupnya setiap hari. Tahukah anda bahawa untuk mengurangkan berat air dalam tubuh adalah dengan minum air? Kenapa? Lagi banyak air yang diminum makan lebih banyak air yang dapat dikeluarkan semasa kita membuat senaman atau membuat kerja-kerja dirumah.


8. MEMBEKALKAN NUTRIEN KE SELURUH TUBUH.
Air bersifat cecair, ini bermakna ia mudah untuk bergerak dan menyerap nutrien dan membawanya kesetiap bahagian tubuh dan organ.


9.TENAGA YANG BANYAK
Isi air kedalam tubuh umpama kita mengisi petrol kedalam tangki kereta.
Air yang tidak mencukupi didalam tubuh menyebabkan badan kita lemah sama seperti kereta dimana ia tidak dapat bergerak sekiranya petrol habis.


10. MENJAGA KESIHATAN MULUT DAN GIGI
Air liur terjadi sekiranya kita mempunyai cukup air dalam tubuh. Fungsi air liur adalah untuk membersihkan dan menjaga kesihatan mulut. Mulut kering boleh menyebabkan kita mengalami sakit mulut seperti rekahan dibibir atau ulser mulut. Air liur juga berfungsi untuk membuang sisa-sisa makanan dicelah gigi.

Jelas sekali bahawa air sangat penting untuk kita terutamanya untuk orang yang sedang berdiet. Nak kurus minum air yer.

Gambarajah dibawah menunjukkan kesan dihidrat (kekurangan air) pada tubuh.


Rujukan:
www.chemcraft.net/wbody.html
http://www.drinking-water-for-health.com/benefits-of-drinking-distilled-water.html
ayokesehatan.blogspot.com/2014/03/manfaat-air-pitih.html
http://www.pinterest.com/


Diolah oleh:
Hakimah Jaafar
922947








No comments:

Post a Comment