Thursday, 27 November 2014

Kurang air boleh menyebabkan anda GEMUK??

Badan kita terdiri daripada 60 - 70% air. Dan secara alaminya kita akan kehilangan air melalui peluh dan juga urin (air kencing). Maka dengan itu kita perlu menggantikan air yang telah terbuang itu supaya sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik.

Daripada peratus air yang kita perlukan tersebut ia akan terbahagi kebeberapa bahagian mengikut peratus kepentingan organ tersebut.

Gambarajah disebelah menunjukkan peratus air yang di perlukan oleh setiap organ dan sel tubuh.


Kekurangan air didalam badan boleh membantutkan proses yang berlangsung di dalam tubuh badan kita. Dan ini akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan akan berlaku malah keGEMUKan juga turut terjadi.

Mesti ramai terfikir apa kena mengena AIR dan KEGEMUKAN.

Sebelum ke perbincangan lebih lanjut. Mari kita lihat apakah kepentingan air terlebih dahulu. 

Dalam kehidupan ini, sekiranya diberi pilihan antara makanan dan juga minuman, rata-rata orang akan memilih untuk minum bukan?? Kenapa?? kerana kita masih mampu hidup andai tidak makan selama beberapa hari selagi kita dapat minum air yang banyak (maksud air disini adalah air putih bukan air bergula atau berkafein)

Air berperanan dalam proses pencernaan, penyerapan, membekalkan nutrisi, meningkatkan metabolisme, penghasilan air liur, kitaran darah dan mengawal suhu badan. Air dapat menyegarkan tubuh badan dan menberikan tenaga untuk tubuh. Salah satu tanda yang jelas kita kekurangan air dalam tubuh ialah apabila kita merasa haus/dahaga dan suhu badan kita meningkat. Apabila merasai kedua keadaan ini kita perlu minum air dengan segera untuk menjaga proses yang berlangsung didalam tubuh kita.

KEPENTINGAN AIR PUTIH


1. MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN
Sistem pencernaan memelukan banyak air untuk hanya mencerna makanan. Air yang tidak cukup akan menyebabkan ketidakselesaan. Salah satu tanda sistem pencernaan tidak lancar adalah sembelit.


2. KELIHATAN AWET MUDA
Kulit yang segar dan bermaya adalah disebabkan oleh kandungan air yang mencukupi dalam tubuh. Nak muda minum air putih banyak ye.


3. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh American Journal of Epidemiology pada 1 May 2002, kajian selama 6 tahun terdiri daripada 20ribu lelaki dan wanita diantara umur 38-100 tahun mendapati bahawa wanita yang minum minumum 5 gelas atau lebih seharai adalah 41% kurang kemungkinan untuk mati akibat serangan jantung berbanding mereka yang minum kurang 2 gelas sehari. Jantung memelukan 79% air untuk beroperasi.


4. MEMBUANG TOKSIN DAN BAHAN BUANGAN
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan sisa buangan dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan oleh peluh atau urin serta membantutkan pergerakan usus yang biasa berlaku. Sekiranya toksin atau sisa buangan ini tidak dikumuh keluar maka akan terjadinya pengumpulan toksin dan menyebabkan tubuh menjadi tidak sihat.


5. MENCEGAH SAKIT KEPALA
Otak memerlukan 75% kandungan air untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya kita terhidrat secara automatiknya kita akan merasa sakit kepala dan adakalanya terjadinya migrain. 


6. MENCEGAH KANSER
Air dapat mengurangkan kanser usus sebanyak 45% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%. malah tidak mustahil ia juga dapat mengurangkan risiko kanser-kanser yang lain juga. Secara logiknya sekiranya air yang mencukupi dapat membuang toksin dan sisa buangan dari tubuh maka terbukti ia dapat mengurangkan risiko kanser. Jadi minum air putih sebanyaknya.


7. MENGURANGKAN DAN MENGAWAL BERAT BADAN
Wah fakta ini mesti sangat disukai oleh kebanyakan orang tertama wanita yang mahu kelihatan langsingkan. Jadi dengan ini anda jangan culas untuk minum air putih secukupnya setiap hari. Tahukah anda bahawa untuk mengurangkan berat air dalam tubuh adalah dengan minum air? Kenapa? Lagi banyak air yang diminum makan lebih banyak air yang dapat dikeluarkan semasa kita membuat senaman atau membuat kerja-kerja dirumah.


8. MEMBEKALKAN NUTRIEN KE SELURUH TUBUH.
Air bersifat cecair, ini bermakna ia mudah untuk bergerak dan menyerap nutrien dan membawanya kesetiap bahagian tubuh dan organ.


9.TENAGA YANG BANYAK
Isi air kedalam tubuh umpama kita mengisi petrol kedalam tangki kereta.
Air yang tidak mencukupi didalam tubuh menyebabkan badan kita lemah sama seperti kereta dimana ia tidak dapat bergerak sekiranya petrol habis.


10. MENJAGA KESIHATAN MULUT DAN GIGI
Air liur terjadi sekiranya kita mempunyai cukup air dalam tubuh. Fungsi air liur adalah untuk membersihkan dan menjaga kesihatan mulut. Mulut kering boleh menyebabkan kita mengalami sakit mulut seperti rekahan dibibir atau ulser mulut. Air liur juga berfungsi untuk membuang sisa-sisa makanan dicelah gigi.

Jelas sekali bahawa air sangat penting untuk kita terutamanya untuk orang yang sedang berdiet. Nak kurus minum air yer.

Gambarajah dibawah menunjukkan kesan dihidrat (kekurangan air) pada tubuh.


Rujukan:
www.chemcraft.net/wbody.html
http://www.drinking-water-for-health.com/benefits-of-drinking-distilled-water.html
ayokesehatan.blogspot.com/2014/03/manfaat-air-pitih.html
http://www.pinterest.com/


Diolah oleh:
Hakimah Jaafar
922947








Sunday, 2 November 2014

Minyak Ikan Terbaik Dunia..

Tahukah anda apakah minyak ikan terbaik didunia?

Kalau belum tau meh mama dhiya's nak bagitau.

Didunia ini terdapat sejenis minyak ikan yang terbaik dan dipercayai ketulinannya.. Minyak ikan ini adalah OMEGA GUARD keluaran syarikat supplement semulajadi no.1 di Amerika Syarikat yakni SHAKLEE..

Mesti anda tertanya-tanya kenapa Omega Guard ini minyak ikan terbaik duniakan..

Meh nak tunjuk kehebatan dan kelebihan minyak ikan keluaran Shaklee ini berbanding minyak ikan lain2 syarikat supplement.

  • Omega Guard shaklee adalah ekstrak dari ikan laut air sejuk yang terdapat di perairan negara Jepun. Iaitu ikan dari keluarga sardin, mackerel,herring dan anchovies.
  • Ia diekstrak daripada hati ikan-ikan yang tidak terdedah dengan toksin (maknanya ikan ni ikan terpilih dan terbaik sahaja)
  • Ketumpatan Omega Guard adalah 3 kali lebih ketumpatan dari hati minyak ikan.
  • Diantara produk2 omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandugi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi - EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 
  • Sebiji Omega Guard  dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA,
  • Di Shaklee, penghasilan Omega Guard adalah melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Kaedah ini melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi dan menyingkirkan bahan2 berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.
*sumber :Panduan Nutrisi Shaklee.

Jom kita ketahui apakah kebaikan dan manfaat Omega Guard ini.

Umum tidak mengetahui bahawa badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak sendiri yakni asid lemak yang penting iaitu OMEGA-3. Oleh  sebab itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Seperti yang telah dinyatakan diatas asid lemak terbaik adalah daripada ikan  yang berada didalam laut sejuk. Memandangkan negara tercinta kita bukan berada didalam perairan yang sejuk maka amat mustahil untuk kita mengkomsumsi omega-3 yang terbaik melainkan kita mendapatkannya daripada supplement yang hebat seperti OMEGA GUARD Shaklee ini.

Kebaikan Omega Guard

  1. Para wanita harus gembira kerana  Omega Guard dapat  mengimbangi  perubahan  dalam kepekatan hormon wanita  yang menyebabkan PMS.
  2. Kulit juga akan lebih licin dan kemerahan-merahan ( contoh bukti nyata orang eskimo mempunyai kulit yang licin dan pinkish )
  3. Menghalang masalah saluran darah tersumbat dan mencegah berlakunya strok
  4. Mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher
  5. Mengurangkan sakit kepala dan migrain
  6. Merendahkan kolestrol.
  7. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  8. Mengawal obesiti.
  9. Membantu tumbesaran  dan perkembangan otak janin. (ibu hamil dalam trismester ke 2 digalakkan mengambil omega guard)
  10. Mempertingkatkan perkembangan memori ( menghindari masalah nyanyuk)
  11. Meningkatkan sistem imum  dan menyihatkan paru-paru
  12. Memperbaiki alahan kulit  ekzema ,psorisi,bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  13. mengurangkan penyakit buah pinggang.
  14. Menentang kanser - kajian menunjukkan Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon
  15. memberangsangkan kesihatan hati selepas pembedahan
  16. Memelihara fungsi2 sendi (arthiritis)
  17. mencegah Insomnia,
  18. Mengurangkan stress
  19. Mencegah kemurungan
*sumber :Panduan Nutrisi Shaklee.


TAHUKAN ANDA?

Omega-3 boleh mengurangkan tingkah laku anti-sosial dikalangan kanak-kanak?

Berdasarkan penyelidikan selama 6 bulan yang diterbitkan oleh Jurnal Psikologi & Psikiatri Kanak-kanak, kanak-kanak yang berusia 8-16 tahun yang mengambil 1g/sehari Omega-3 telah menunjukkan pengurangan sebanya 41.6% dalam masalah tingkah laku luaran (anti-sosial) berdasarkan penilaian ibu bapa mereka. Malah menurut kajian ini tingkah laku anti-sosial dikalangan penjaga juga dapat dikurangkan dengan memberikan anak2 mereka menkomsumsi Omega-3. Ini kerana anak-anak ini lebih mudah diurus dan sekaligus mengurangkan tekanan  kepada ibu bapa.

sumber : Journal of Child  Psycology ang Psychiatry August 2014 [Doi 10.1111/jcpp.12314) "Reduction in behavior problems with omega-3 supplementation in children aged 8–16 years: a randomized, double-blind, placebo-controlled, stratified, parallel-group trial"
Klik here for more info :
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/jcpp.12314/abstract


SIAPA YANG MEMERLUKAN OMEGA GUARD.
JOM SAKSIKANNYA jENGJENGJENG....




Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.


Hakimah Jaafar
922947
0174329047